Tentang Kami
Selamat datang ke Rangkaian Komuniti LanGBuana
Transformasi Kesihatan, Kecantikan & Ekonomi.
SIAPA Kami
LSBE – LanGBuana Komuniti Network ialah sebuah organisasi dinamik yang menerajui transformasi kesihatan holistik, digital komersial ekosistem rantaian komuniti bersepadu dan pemerkasaan ekonomi ummah di Malaysia.
VISI Kami
Menjadi sebuah Ekosistem Rangkaian Komuniti keusahawanan dipercayai dirantau ini. Kami menyatukan ummah melalui penyediaan solusi kesihatan premium berasaskan bio-teknologi serta menjadi pemangkin utama dalam melahirkan masyarakat yang sihat fizikal, minda dan mandiri secara ekonomi menjelang tahun 2030.
MISI Kami
- Inovasi Kesihatan Terbaik
- Menjana Ekonomi Komuniti
- Membina Jaringan Ummah
- Sistem Bimbingan Berterusan
- Melestari Kesejahteraan Panjang
- Meluaskan Pasaran Global
LanGBuana Komuniti Network
LSBE – LanGBuana Komuniti Network ialah sebuah organisasi dinamik yang menerajui transformasi kesihatan holistik dan pemerkasaan ekonomi ummah di Malaysia. Kami bukan sekadar platform digital komersial biasa. Kami merupakan sebuah ekosistem rantaian komuniti bersepadu. Ekosistem ini menggabungkan inovasi sains bio-teknologi moden dengan pelan keusahawanan inklusif dan lestari.
Penubuhan kami berakar umbi daripada kesedaran tentang kepentingan menjaga kesejahteraan fizikal. Pada masa yang sama, kami membina kemandirian kewangan masyarakat dalam mendepani cabaran ekonomi moden. Melalui model perniagaan serampang dua mata, kami memasarkan rangkaian produk suplemen kesihatan dan kecantikan bermutu tinggi. Rangkaian ini dipasarkan secara terus sambil membuka ruang seluas-luasnya bagi setiap individu untuk menjana pendapatan pasif.
Mengenai Kami
Teras Perjuangan Komuniti Kami
Kami percaya bahawa kecantikan luaran yang mempesonakan hanya akan terserlah sekiranya tubuh badan mendapat nutrisi serta kesihatan dalaman yang optimum. Setiap produk yang kami pasarkan dipilih dengan proses kawalan kualiti yang ketat demi keselamatan pengguna.
Model ekonomi direka khusus untuk mengurangkan jurang ekonomi. Kami memastikan setiap lapisan ahli komuniti—sama ada ejen baharu mahupun usahawan tegar—mendapat ganjaran, komisen, dan insentif yang setimpal dengan usaha mereka tanpa sistem penindasan.
Dunia perniagaan sentiasa berubah. Oleh itu, kami membekalkan komuniti kami dengan infrastruktur teknologi digital, sistem pesanan automatik (seperti integrasi WhatsApp & Emel), serta ilmu pemasaran terkini agar perniagaan anda sentiasa relevan dan berdaya saing.
2026
Malaysia & Singapura
Pelanggan Berpuashati
Testimoni Pengguna
Pelanggan Berterusan
Produk Terjual
Sertai Revolusi Kami Hari Ini!
Jangan biarkan masalah kesihatan dan hilangnya keyakinan diri menghalang potensi sebenar anda. Masa untuk berubah adalah sekarang. Pilih produk Biotech kami dan menuju hari esok yang lebih sihat, anggun dan sejahtera.
